Aku bekerja hampir 12 jam sehari atas tuntutan kerja membuatkan masa aku tersangat terhad. Pulang kerumah hampir lewat malam, menguruskan diri, mengemas bilik dan rumah, memasak, solat dan rehat. Aku telah berjanji pada diri walau sepenat mana pun aku perlu membaca alquran sekurang-kurang satu muka surat sehari. Kadang badan terlalu penat sehingga aku terlelap ketika mengaji. Allah penatnya rasa badan. Rasa tak sanggup nak menempuhi esok hari! Tapi aku tiada pilihan lain melainkan menguatkan hati. Kerja apa yang tak penat ya? Semua kerja penat. Cuma ikhlas menentukan tahap kepenatan itu.
Aku rindu zaman belajar.
Bekerja dalam industri yang berjalan 24 jam sehari sangat meletihkan. Sampaikan waktu solat sampai, aku terpaksa curi-curi untuk ke surau kerana masa yang ketat. Alhamdulillah walaupun aku berkerja dalam salah satu industri ternama dan pemiliknya bukan Islam, waktu solat kami tidak pernah dikacau dan dihalang. Cuma mereka pesan, jangan mengambil waktu solat terlalu lama dan jangan lupa berdoa supaya kilang terus maju!
Distracted?
Aku pernah merasakan hati terasa kosong, kerana terlampau sibuk berkerja ditambah lagi dengan perniagaan online yang aku uruskan ketika habis waktu berkerja. Ianya sangat meletihkan tetapi menyeronokkan. Dua kerja yang aku minati. Walaupun penat dan terasa hendak putus asa, aku teruskan jua.
Aku pernah terbaca dalam salah satu laman web bagaimana hendak kembalikan diri kepada Allah, walau sesibuk mana pun diri kita, walau sebanyak mana pun kerja yang kita lakukan..
No comments:
Post a Comment