Wednesday, September 16, 2015

My first working experience

Setelah tamat pengajian aku sebagai seorang mahasiswa di ukm, aku bercadang untuk berehat selama sebulan dua dirumah dahulu sebelum keluar mencari kerja. Yelaa baru habis belajar dengan result pun tak dapat lagi. Tapi satu hari tu ketika sarapan, mak menyuruhku mencari kerja secepat mungkin. Argggghh sudah. Aku nak kerja apa ni. Aku memang kosong dalam bidang pekerjaaan. Adalah berbekal sedikit pengalaman ketika latihan industri dan mengambil part time kerja di universti dahulu dengan menjual keropok lekor. Tapi macam mana aku nak cerita dalam interview nanti? Nekad saja! Emak seperti mendesak aku suruh cari kerja secepat mungkin! 


Aku mula mencari kerja kosong di facebook, dan google setiap inci perkataan jawatan kosong. Tapi sebelum itu, resume awal-awal lagi aku sudah siap edit. Nekad! Aku menghantar resume aku ke alamat email syarikat yang melibatkan industri makanan. Adabi, nestle, kraft, faiza, ioi plantation dan sebagainya. Tidak lupa untuk memperkenalkan diri dan menceritakan sedikit tentang diriku. Seminggu... Dua minggu... 

Hampa. 


Hanya satu syarikat sahaja yang membalas. Dengan gembira aku buka email tersebut: 


Maaf. Tiada sebarang jawatan kosong yang ditawarkan setakat ini. Terima kasih. 






Hampa. 


Bukan rezeki aku pujukku. Dalam 10 hanya 1 syarikat yang membalas. Boleh la dari tiada. Hahaha. 

Aku meneruskan lagi pencarian kerja kosong. Nekad! Kerja sebagai apa pun tak kisahlah. Janji aku ada pengalaman! Ijazah bukan asbab untuk aku memilih kerja. Alhamdulillah. Berkat kesunguhan aku menelefon hampir berpuluh syarikat, Aku ditawarkan kerja disebuah kilang di Pasir gudang. Emak dan abah adalah orang yang paling gembira tentang hal ni. Aku? Cuak. Selepas ini aku perlu hidup sendiri. Berpegang kepada duit gaji sendiri. Tiada lagi biasiswa seperti di universiti dahulu. 

Bersambung*

Sunday, September 13, 2015

Distracted?



Aku bekerja hampir 12 jam sehari atas tuntutan kerja membuatkan masa aku tersangat terhad. Pulang kerumah hampir lewat malam, menguruskan diri, mengemas bilik dan rumah, memasak, solat dan rehat. Aku telah berjanji pada diri walau sepenat mana pun aku perlu membaca alquran sekurang-kurang satu muka surat sehari. Kadang badan terlalu penat sehingga aku terlelap ketika mengaji. Allah penatnya rasa badan. Rasa tak sanggup nak menempuhi esok hari! Tapi aku tiada pilihan lain melainkan menguatkan hati. Kerja apa yang tak penat ya? Semua kerja penat. Cuma ikhlas menentukan tahap kepenatan itu.


Aku rindu zaman belajar.


Bekerja dalam industri yang berjalan 24 jam sehari sangat meletihkan. Sampaikan waktu solat sampai, aku terpaksa curi-curi untuk ke surau kerana masa yang ketat. Alhamdulillah walaupun aku berkerja dalam salah satu industri ternama dan pemiliknya bukan Islam, waktu solat kami tidak pernah dikacau dan dihalang. Cuma mereka pesan, jangan mengambil waktu solat terlalu lama dan jangan lupa berdoa supaya kilang terus maju!


Distracted? 

Aku pernah merasakan hati terasa kosong, kerana terlampau sibuk berkerja ditambah lagi dengan perniagaan online yang aku uruskan ketika habis waktu berkerja. Ianya sangat meletihkan tetapi menyeronokkan. Dua kerja yang aku minati. Walaupun penat dan terasa hendak putus asa, aku teruskan jua.


Aku pernah terbaca dalam salah satu laman web bagaimana hendak kembalikan diri kepada Allah, walau sesibuk mana pun diri kita, walau sebanyak mana pun kerja yang kita lakukan..

http://www.onislam.net/english/reading-islam/living-islam/growing-in-faith/475357-avoiding-the-distractions-of-dunya.html




Saturday, September 12, 2015